March 25, 2011

MASa tOk wAtCh MovIE

Baru-baru nih aku dan dua orang lagi kawan aku spend time together tengok movie melayu kat wayang yang bertajuk..

Hhmmm,,Movie nih not bad laaa boleh laa tahan tapi stiap scene banyak lawak laa.Aku tau movie nih bukan movie komedi,sampai kan penonton yang lain xpuas hati dengan sikap aku dalam wayang tengok movie nih.
Mana tak nya keje aku mengutuk jer movie nih sebab movie nih masih lemah dan banyak kesilapan yang terdapat dalam movie nih,pape pon aku ucap syabas laa kepada KRU Studio sebab gambar n lokasi penggambaran memang menarik dan cantik sangat2.Kalau di ikutkan aku memang xley nak layan sangat movie melayu kat wayang takot buang duit jer,harga tiket dia jer daa mahal pastu jalan citer nyer xmemuas kan hati baek beli DVD jer.Sorry yer kepada sesapa yang terasa tuh okey memang ini cara aku.
Klau type aku nih memang layan movie omputeh jer,kadang2 movie omputeh nih pon same jer macam movie melayu tapi jarang laa nak jumpa movie dowg macam movie melayu...

Sinopsis Movie Hikayat Merong Mahawangsa
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

(P/S: Pada sesapa yang belum tengok movie nih n berminat nak tengok,gi laa wayang sana tengok.Pandai2 laa korang rate sendiri okey.)

March 20, 2011

PrEViEw fILeM bOx OfFicE

Today aku nak korang preview trailer movie "Sucker Punch" yang bakal menggegarkan wayang pada 24th March 2011 nih.

Sucker Punch adalah filem aksi-fantasi Amarika 2011 yang ditulis oleh Steve Shibuya dan Zack Snyder, dan diarahkan oleh Snyder(director filem Watchmen & 300). Sucker Punch menampilkan kebanyakannya watak perempuan yang merangkumi Emily Browning, Vanessa Hudgens, Abbie Cornish, Jamie Chung dan Jena Malone. Filem ini mengishahkan seorang gadis muda pada tahun 1950-an yang hendak di lobotomi dimana dia cuba untuk melarikan diri bersama rakan tahanannya.


Nak tau best or tak,,tonton movie nih kat wayang okey..

March 13, 2011

hOLIdAys DatANG laGI

Ooh my god,aku xpercaya yang cuti kali nih aku kene follow family aku balik kampung.Urrggh,,daa laa bosan kat kampung tuh walaupon kampung ayah aku tuh famous serata dunia tapi aku terpakse laaa ikot n menghadap orang yang aku benci sekali kat kampung nih.

Okey2,tujuan balik kampung nih sebenarnya nak datang kenduri kahwin family terdekat aku. Hhmmm,,alang2 tuh bapak aku ajak cuti sampai bebudak naek sekolah.Memang giler laa pelan bapak aku nih,xsanggup aku nak ikot plan dia nih sbb ia boleh aku mati.

Sepanjang kat sini aku memang susah nak dapat g shopping and jalan2, F**K laaa.. Hari first aku kat kampung nih ade Jelajah Metro Harian,memang happening abez de ramai artis tempatan aku jumpe (Ezlynn,Izwan Pilus,Ramlah Ram,Diana Danielle,Roslan Shah,Jinbara,Diana Amir,Irfah Raziah,n many more) Aku terhibur laa jugak. Pada masa yang sama plax aku dapat laa cuci2 mate sekali.Kalau laa aku de camera boleh aku snap pict and upload kat sini bagi korg tengok betapa happening nyer suasana kat sini.

Hari yang seterusnya kat kenduri kahwin tuh,,peeeerrh memang boring sebab xtau pe bende yang ley aku buat.Kalau de keje macam malas nak buat kalau xde keje pon bosan gaban.Tapi xpe laa dapat cuci mata lagi tgok mamat2 encem and awex2 cun,hehehe..Aku harap hari2 yang akan datang lagi baek dari hari yang sebelumnya.Amin.

March 9, 2011

tHaNks BanYAK2 KepADa FOlLOweRs2 AKu

Lama betol aku x update new story kat blog nih an?? Aku pon rindu sangat2 kat blog aku nih,bukak2 jer da de 47 followers.Syukur alhamdulillah makin meningkat jumlah follower blog aku nih,jangan semakin berkurangan sudah laaa...

Pape pon aku ucap kan bebanyak terima kasih kat sumer follower2 setia aku.Aku hargai sangat2 jasa korang.Harap korang follow blog xsebarapa aku nih smpai bila2 okey.Insyallah kalau berpanjangan. Aku sayang sangat2 kat korang semua,hehehe..

By the way,jangan lupe selalu ikot perkembangan info semasa kat sebelah kiri dan kanan blog nih okey.